Sunday, January 18, 2009

pengorbanan

by understanding others
we understand ourselves
- Prof Kua Ee Heok


well, actually this article was not written by me but a friend. a friend who likes to write but does not have a blog/ friendster/ facebook. u can't find him aywhere in the internet. he has his own reason. :) however, he gave me permission to put this in MY blog.. i think there will be more from him.. insyaAllah...

here it goes~

Saje je nk amik kesempatan masa nih nak share ttg erti "pengorbanan menyeru kpd Allah swt". Pada pandangan sy, soal mengenai "kekeringan dakwah" mungkin pd segi semangat & keyakinan kita utk melaksanakan dakwah, dan bukannye dari segi kekurangan ilmu dakwah yg dimiliki. Ilmu dakwah x pernah pun "kering", malah sentiasa segar-bugar. Mana2 saja ilmu dakwah kita boleh dapat. Tapi, tulah org kata, semangat/istiqamah/keyakinan tuh kdg2 susah utk dikecapi.

Tetapi, tahukah siapa sebenarnya org yg dianugerahkan kejayaan yg besar di sisi Allah swt?

Firman Allah swt:
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?". Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai kejayaan yang besar." (Fussilat: 33-35)

Jelaslah drpd soklan retorik Allah swt (Fussilat:33) bahawa org yg menyeru kpd Allah swt & mengerjakan amal salih gerenti/sah-sah akan dianugerahi kejayaan yg besar di sisi Allah swt. Sekaligus memberi makna bahawa kedua2 amalan ini adalah amalan hambaNya yang paling tinggi/mulia di sisi Allah swt, without doubt. Cuba bayangkan kita ditempatkan di kalangan org yg memperoleh kejayaan/kemenangan yg besar.........bagaimana ye keadaannye?

Firman Allah swt:
"Hai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar." (Al-Saff: 10-12)

MasyAllah.....habuan yg Allah swt beri, jauh lebih baik & tidak ternilai oleh apa2 habuan sekalipun. Kemudian Allah swt menambah lagi:

"Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita kepada orang-orang yang beriman." (Al-Saff: 13)

Ketahuilah bahawa, jalan utk mencapai kemenangan yang besar akan sentiasa dibantu oleh Allah swt. Allah swt takkan membiarkan rengkok & menyusahkan kita utk mencapai kemenangan yg besar, malah siap tolong kita lagi utk mencapai kemenangan yg besar. Ini dikuatkan lagi dgn firman Allah berikutnya:

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa Putera Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah," lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan segolongan (yang lain) kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." (Al-Saff: 14)

Memang benar jalan dakwah sgt berliku dan penuh ngn cabaran seperti yg digambarkan oleh firman Allah berikut:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)

Tapi semua cabaran dari Allah ni adalah utk mematangkan dan menguatkan semangat kita utk terus berdakwah. Kdg2, kalo semangat da pudar, time tulah syaitan mula mengusik kita. Namun jangan risau, Allah swt tak akan jemu untuk menambahkan lagi bantuan kpd kita seperti firman Allah swt berikut:

"Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Fussilat: 36)

Begitu kasihnya Allah swt kepada kita sehingga terlalu banyak bantuan yg dikurniakanNya kpd kita utk menegakkan kalimahNya. Alangkah baiknya kalo kita dpt menghargai bantuan Allah swt dan sungguh x malunya perangai hambaNya yg tidak mensyukuri nikmat diberiNya. Allah swt bukan stakat membantu, tp menjanjikan kemenangan yg besar kpd hambaNya yg menyeru kpd Allah swt. Dari sini, kita dpt lihat tugas seorang hamba Allah ialah menyeru kpd Allah. Pasal bantuan ke, habuan ke....sumanya akan di"settle" olehNya. So, x yah la kita nk risau2 atau ragu2 ttg dakwah.Dan ketika menghadapi kesusahan, berdoalah kpd Allah swt supaya jalan dakwah dipermudahkan lagi olehNya seperti yg ditunjukkan dalam ayat 286, surah al-Baqarah:

"..........Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.........."

Moga2 hasil tulisan sy yg x seberapa nih akan dpt menyedarkan dan menyenangkan kita utk terus berdakwah. Yakinlah bahawa Allah swt sentiasa di sisi kita.

:) SAS

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

<< Home